Wednesday, July 6, 2011

Sunday, March 20, 2011

FAMILY : 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak

Menurut Pakar Motivasi, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak iaitu : 
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
sumber:
thanks for share....
Ya Allah...berilah kekuatan,ketabahan,kesabaran dan ketekunan kepadaku dalam mendidik anak2ku hari demi hari...
Duhai anak-anak mama,semoga kalian menjadi hamba yang soleh,pintar dan cergas,tergolong dalam orang-orang yang mendirikan solat serta menjadi orang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
Amiinn...
 Arif kat McD

 Easha di playlands

kiddo

Saturday, March 19, 2011

balik kampung

Setelah hampir 2 taun tak balik kampung akhirnya dapat jugak ku kembali sempena wedding my lil bro on 12th March,tapi hanya sempat berkumpul bersama keluarga on 13th till 17th.

Alhamdulillah walaupun sekejap dapat juga merasa kemeriahan bersama keluarga dan keriangan terserlah di wajah putera puteriku merasai kehidupan di kampung.Sempat jugaklah Arif mengejar ayam sehingga bertempiaran si ibu dan anak ayam melarikan diri,bersama kupu2nya main ujan dan rounding satu kampung.

Tapi malangnya pada malam ketiga kat kampung Arif dan Easya deman serentak...poning jugak aku melayan kerenah dan rengetan mereka,sepanjang malam tak tido you!!!...agaknyer rindu ngan papanya yang tak dapat join kerana kerja @ rindu ngan mainan favourite -Thomas and friendsnya @ Chuggington.

Akibat sengaja tak bawak balik mainan favourite dia...sedar2 dari tido selepas makan ubat mula bertanyakan 'chuggington'..aduss...berkali2 disoal menda yang sama at last suh call papanya,and guest apa yang kuar dr mulutnya???-"mana chugginton abang papa???"

Heissy,seronok tak terkira mereka kat kampung...almaklumlah laman yang luas bebas berlari tak perlu nak takut kenderaan lalu lalang and selamat sebab sekeliling rumah sedara....sedihnya tak boleh nak berlama2 kat kampung,cian papa keseorangan di sini ...


sesekali berkumpul,kemeriahan terasa
(mama,mak dik and anak-anak buah)

 raja sehari

bergambar bersama vespa






Tuesday, March 8, 2011

chrochet lagi

ank2 tido
awal 
so time to doing chrochet
yess,cuba mengait flower chrochet n done
hasilnya.........tunggu.......
akan publish tak lama lagi

Saturday, February 26, 2011

Done!!!


New hobby...doing chrochet
Yeah2...siap dah topi ke-3 special tuk putera n puteriku...

Thursday, February 24, 2011

mission complete

mission for today.........
goreng meehoon untuk anak2 yang memilih makan
hermmm........3 kalibertambah
puas hatiku
perut mereka berisi
Alhamdulilllah........

intro


Ahlan wa sahlan
Sekadar untuk berkongsi
Sudikanlah menjengah ke lembaran coretanku yang tidak seberapa ini
Corat-coret perihal anak-anak,crafting,baking...pendek kata apa ajer yang 'terbuat' oleh housewife with two little cute,active and charming  kids ini.
Enjoy  ya!!!



1st otai

princess mama
Aliah Aleesha Pereira
Arif Luqman Pereira dgn magic stick
abrakadabra!!!
otaiku semasa 3 bulan